Untuk pemilik bisnes, kecil atau besar

Resit, invois, order WhatsApp. Biar AI yang taip.

Saya setup satu aliran kerja AI dalam Google Sheet bisnes anda. AI baca dokumen, isi baris, dan sediakan ringkasan bulanan. Anda cuma semak.

Demo 34 saat, ada suara. Resit dan kedai dalam video ni rekaan.

RM490 harga founding, 5 bisnes pertama · lepas tu RM990

Mesej AI di Threads

Call 20 minit percuma dulu, baru bayar kalau sesuai. Atau email hello@duitayah.com.

Pilih satu kerja untuk mula

Kerja admin lain yang berulang setiap minggu? Ceritakan dalam call, saya bagitahu kalau AI boleh ambil alih.

Cara ia berjalan

  1. Call 20 minit, percuma Kita pilih satu kerja yang paling makan masa. Saya bagitahu apa yang boleh dan tak boleh.
  2. Bayar dan hantar contoh Beberapa resit, invois atau mesej order yang sebenar. Saya tandatangan NDA dulu kalau anda mahu.
  3. Saya bina dalam akaun Google anda Sheet, skrip dan sambungan AI semuanya atas nama bisnes anda. Tarikh siap saya sahkan selepas call.
  4. Sesi serah, 60 minit Saya tunjuk cara guna, anda atau staff cuba sendiri sampai yakin.

Harga

SiapaSetup satu kerjaJaga bulanan (pilihan)
5 bisnes pertamaRM490RM150
Bisnes ke-6 hingga ke-10RM990RM250
Selepas ituRM1,500RM350

Harga founding sebab saya mahu 5 hasil sebenar untuk ditunjuk. Syaratnya, saya boleh kongsi hasil (nama dan nombor disorok) dan anda bagi review ringkas. Jaga bulanan termasuk baiki kalau rosak, perubahan kecil, dan ringkasan bulanan.

Perlu tahu sebelum mula

Soalan

Perlu install apa-apa?

Tak. Semuanya dalam Google Sheet dan Google Drive, boleh buka di telefon atau laptop.

Bisnes saya kecil. Sesuai ke?

Kalau anda atau staff habiskan beberapa jam seminggu menaip resit, invois atau order, ya. Kalau dokumen sangat sedikit, saya akan cakap terus dalam call yang ia tak berbaloi lagi.

Data bisnes saya selamat?

Data kekal dalam akaun Google anda. Saya guna untuk kerja anda sahaja, tak kongsi, dan tak jadikan contoh tanpa izin. NDA boleh ditandatangan dulu.

Kalau lepas setup ia rosak?

Dengan jaga bulanan, saya baiki. Tanpa jaga bulanan, saya sebut harga untuk kerja baiki tu dulu sebelum mula.

Siapa buat kerja ni?

Saya sendiri, Aiman. 7 tahun dalam kewangan, dan 120+ projek Excel dan data siap di Upwork. Saya kongsi tips duit di @aimanarifmh di Threads.

RM490 untuk 5 bisnes pertama

Mesej AI di Threads

Atau email hello@duitayah.com. Saya balas dalam 1 hari bekerja.